Monday, September 6, 2010

Video ayam berlaga


Ni video anak ayam belaga ngan ibu (baru berani ibu) dalam 4bulan. Ni ialah contoh permainan Pama x Ganoi iaitu sepak tepat, laju, lastik dan kepala goyang (liar). Tapi saiz tak besar bila matang ayam ni. Paling kuat 3.2kg. Abang (1st batch) 2 ekor jantan, seekor main taji jagung menang 330 dlam 6 minit gu kena ping. Sekor lagi pernah bunuh ayam masa sparing tapi xde rezeki nak ke bon sebab kena gigit binatang bisa. Tapi adik beradik dia ni sekor je jantan. 3rd batch banyak jantan.

Ayam untuk jualan

Salam 1 Malaysia..

     Di 'Post' ini saya akan mengemukakan ayam-ayam untuk dijual dari benih-benih direban saya. Saya menjual ayam dari pelbagai umur untuk koleksi tuan/puan dari baka terpilih. Benih-benih ini adalah dari baka yang TERBUKTI pernah memenangi kejuaraan di sekitar Perak dimana adik beradik yang telah terhasil (1st Batch) akan di  'Pit' kan terlebih dahulu untuk mengukur kebolehan baka itu sendiri dan kemudian barulah dikomersilkan (Batch seterusnya). Bagi benih yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki (indukan betina)pula akan berlaga juga, tetapi didalam kuali lah. Hehehe. Jika ada kawan-kawan yang inginkan telur boleh juga didapati. Tetapi bersyarat iaitu mesti bukan dari negeri perak. Hal ini ialah kerana saya tidak mahu benih ini berada berdekatan dengan reban saya (makan gu). Betina juga boleh dilepaskan jika offer yang diberikan bersesuaian dengan ayam (benih/baka) itu sendiri. Gambar akan menyusul. Tunggu......

Pembaka dan Indukan Tetap


BAGONG
(Ganoi x Thai)
Warna = Hijau
Berat = 3.6 kg
Style permainan = Superlock + Spinner
Special = Ada buah helikopter

>>> Ayam body solid ini diperolehi dari seorang sahabat di johor iaitu en. Andik. Dijadikan induk utama di reban saya kerana memiliki permainan lock dan pukulan yang sangat keras. Buatmasa ni dah ada anak2 balung angsa ni disiapkan untuk ke medan pertempuran dimana dah upgred dengan ibu Magon (Style permainan sama cuma sepak lebih banyak, tepat dan ada karen/terpelojok >> aka pancing tembak ping).

Baru belajar berblog

Salam semua..

     Saya Wan dari Teluk Intan masih baru didalam dunia BLOG ni. Insyaallah saya akan memberikan paparan yang terbaik di sepanjang penglibatan ini. Sekian, terima kasih.

     Untuk pengetahuan pengunjung, saya adalah salah seorang breeder AYAM LAGA dan AYAM HUTAN. Sesiapa yang ingin mendapatkan benih ayam terkini dari saya boleh lah menghubungi saya di e-mail saya diamondbaypit@rocketmail.com. Saya akan update perkembangan terkini ayam-ayam di reban saya berserta dengan gambar dan video (sparing) berkaitan.

     Untuk pengetahuan tuan/puan juga, kebanyakan benih ayam yang saya produce adalah dari jenis BATANG KAKI BALUT dan TAJI PENDEK dari baka BURMA, GANOI dan THAI. Kebanyakan ayam-ayam ini ada 3 darah or less. Permainan pula ada kilas, pancing, serong dan pukul tepat di muka, mata dan telinga lawan. Bagi benih ayam hutan pula, ayam denak dari baka yang baik dimana boleh panggil ayam hutan ori dengan lancar dan terbukti sesuai untuk dibawa ke hutan (meracik).

     Saya akan upload pembaka dan indukan dari reban saya sedikit masa lagi untuk tatapan tuan/puan. Saya berharap kehadiran blog ini akan dapat memeriahkan lagi industri ayam hutan dan ayam laga di malaysia.